
Ar Rijal telah ditubuhkan pada tahun 1997 lagi, Ar Rijal pada asalnya ia lebih dikenali dengan nama Nur Hidayah memandangkan ia tidak bersesuaian dengan konsep yang dibawa oleh Ar Rijal akhirnya namanya telah ditukar kepada Ar Rijal yang membawa maksud (PEMUDA). Kerana kumpulan ini asalanya terdiri dari 10 orang anak muda 5 penyaynyi dan 5 pemuzik, kerana mereka selalunya membuat persembahan secara live. Masa terus berlalu kini Ar Rijal hanya tinggal 6 orang saja, di ketuai oleh Ahmad Redhuwan, Mokhtar Lutfi, Mohd Masyudee, Suffian ,Ahmad Nubli dan Badrul Hisyam. Kini Ar Rijal telah mengeluarkan sebuah album nasyid iaitu SIMFONI SELAWAT yang menghimpunkan beberapa nasyid selawat dan telah diedarkan oleh INTEAM RECORD.





