Selamat Hari Raya
Selamat Hari Raya

Selasa, 18 Ogos 2009

SEJARAH PENUBUHAN


Ar Rijal telah ditubuhkan pada tahun 1997 lagi, Ar Rijal pada asalnya ia lebih dikenali dengan nama Nur Hidayah memandangkan ia tidak bersesuaian dengan konsep yang dibawa oleh Ar Rijal akhirnya namanya telah ditukar kepada Ar Rijal yang membawa maksud (PEMUDA). Kerana kumpulan ini asalanya terdiri dari 10 orang anak muda 5 penyaynyi dan 5 pemuzik, kerana mereka selalunya membuat persembahan secara live. Masa terus berlalu kini Ar Rijal hanya tinggal 6 orang saja, di ketuai oleh Ahmad Redhuwan, Mokhtar Lutfi, Mohd Masyudee, Suffian ,Ahmad Nubli dan Badrul Hisyam. Kini Ar Rijal telah mengeluarkan sebuah album nasyid iaitu SIMFONI SELAWAT yang menghimpunkan beberapa nasyid selawat dan telah diedarkan oleh INTEAM RECORD.



PENGALAMAN

Pada awalnya tertubuhnya kumpulan ini mereka sudah pun menerima berbagai undangan nasyid di sekitar Lembah Kelang dan di luar darinya seperti kenduri kahwin, majlis berbuka puasa dari persembahan yang kecil hinggalah persembahan yang besar bersama kumpulan kumpulan nasyid terkenal tanah air antaranya:

1. KONSERT MALAM SENYUM RAIHAN, Stadium Negara pd 26 Jun 1999.
2. KONSERT KERANAMU KOSOVO, Stadium Negara pd 27 Ogos 1999.
3. KONSERT NUR IMAN, Stadium Darul Aman, Kedah pd 28 Dis 2001.
4. KONSER MALAM MENCARI SINAR, Universiti Islam Antarabangsa, 24 Feb 2001, Gombak
5. DARI STUDIO SATU bersama Rabbani di ASTRO pd 31 0gos 2001.

Dalam rangka untuk menjadi kumpulan nasyid yang terbaik, Ar Rijal telah menyertai beberapa pertandingan nasyid terbuka, dan telah beberapa kali menjadi johan dan naib johan antara pertandingannya:

1. Johan PERTANDINGAN NASYID TERBUKA, Sempena Sambutan Higlanders Fest 99 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi.
2. Johan PERTANDINGAN NASYID TERBUKA, Sempena Kesenian Islam 2000 di Kolej Kediaman Ibnu Sina, Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur.
3. Naib Johan PERTANDINGAN NASYID TERBUKA Sempena Fiesta Pekerja 99 di Dataran Johor Baharu,Johor.

SYARIKAT

Ar Rijal kini telah melangkah lebih jauh lagi dimana mereka telah menubuhkan sebuah syarikat dibawahnya iaitu FIRAQ INTERTAIMENT diamana segala urusan aktiviti Ar Rijal yang berkaitan dibawah urusannya dan lain lain lagi.

ANTARA AKTIVITI SYARIKAT

1. Pengurusan Show.
2. Persembahan Pentas.
3. Latihan Nasyid (vocal traning).
4. Menulis kaligrafi arab (khat).
5. Menjual alat alat muzik nasyid.

GAMBAR AR RIJAL DULU HINGGA KINI
















arrijal bersama raihan di dewan felda merak kayangan.















persembahan semperna hari ihtifal & penyampaian sijil 96
anjuran tadika al furqan.
















gabungan ar rijal bersama ukhuwah dari UNITAR
persembahan di selayang mall 98.















persembahan di masjid al-ansar. tmn keramat
sempena hari raya puasa 97.














persembahan di dewan UTM, sempena konsert "malam nur kasih"
anjuran alumni as-amin & wanita jim raudhatul sakinah.















dijemput membuat persembahan di central market,
sempena majlis berbuka puasa bersama anak2 yatim 2000.